Tuesday, August 12, 2008

Saat Kelahiranmu

Anakku, taukah dikau bahawa ummi telah masuk wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) buat kali ketiga pada petang 10 Mei 2008. Ummi mula merasa sakit selepas maghrib dan tiba jam 9.20mlm, ummi call Abi bagitahu ummi akan dibawa masuk ke Bilik Bersalin (Labour Room). Abi turut sama menemani ummi setelah Abi telefon Tok, Tokki & Ayoh Long kamu. Mereka bergegas datang ke hospital, tapi Abi dan ummi dah ada di dalam bilik bersalin...

Abi keluar seketika berjumpa semua ahli keluarga kita yg. dapat hadir utk. ceritakan keadaan ummi...Abi minta semua doakan ummi selamat lahirkan kamu...

Abi temankan ummi utk. beri semangat pada ummi di saat kesakitan melahirkan kamu. Muka ummi pucat lesi, bibir ummi bergetar...makin lama makin dirasa kesakitan. Biarpun bukan abi yg. menanggung sakit, namum dari raut wajah ummi...abi tau ummi dalam kesakitan yang amat...abi genggam tangan ummi, abi minta ummi sentiasa berselawat...sehinggalah jam 2.30 pagi, barulah doktor & nurse datang untuk membantu kelahiranmu ke dunia. Abi tetap disamping ummi memberi semangat spy ummi berusaha sekuat & sehabis daya utk. melahirkan kamu ke dunia...alhamdulillah, setelah bersusah payah sehingga ummi begitu hilang tenaga terkulai...suara tangisan kamu dapat kami dengari...Alhamdulillah, syukur tidak terhingga pada Allah s.w.t keluar dari mulut ummi. Abi juga mengucapkan syukur alhamdulillah.

Disitu juga setelah kamu dibungkus, abi azankan ke telinga kananmu & iqamatkan ke telinga kirimu...matamu telah pun terbuka saat itu. Waktu kelahiranmu jam 2.46pg, 11 Mei 2008 bersamaan dengan Hari Ibu...:-).

No comments: