Wednesday, August 13, 2008

Majlis Aqiqah & Cukur Rambut

Malam 29 Mei 2008, selepas isya'...Nuha dah pakai come2...siap ada skaf lagi kat kepala...:-). Kejap lagi tu, majlis selawat & cukur rambut...

Majlis aqiqah telah ummi & abi sepakati buat pada 29 Mei 2008 (Khamis). Abi amik cuti hari tu...Kambing jantan dah beli smalam, gi amik ngan tokki pada pagi hari tu. Smelih kambing pagi, 'siang' daging dan masok sblah petang. Sdara mara pakat dtg bantu. Malamnya buat majlis cukur jambul kamu Nuha, 7 org dipersila utk guntung rambut kamu yg lebat tu..:-) dimulai ust. Mat. Abi 'belah mulut' pada mulanya majlis kamu malam tu. Esoknya Jumaat, tengok gambo kamu dah botak abi & ayoh long kamu cukur...Tak pe, nnt lebat balik insyaAllah...

Haaaa..ni seminggu lepas bercukur, dah hitam balik nampak kepala kamu Nuha...Kejap jer dah tumbuh balik rambut kamu. Aqiqah & bercukur amalan yang dituntut dalam Islam untuk anak-anak yang baru lahir tau. Ni mengajar erti pengorbanan buat abi & ummi, dan rambut kamu yang dlm kndungan elok dicukur...ini memberi kebaikan pada perkembangan minda kamu.

No comments: