Thursday, July 29, 2010

Nuha dah 2 Tahun 2 bulan

Alhamdulillah,

Dah 2 tahun lebih anak abi & ummi skarang ni. Abi dengan ummi bekerja mencari rezeki yang halal. Nuha duk ngan mok, mok yang jaga dari pagi sampai petang jam 4 @ 5. Terima kasih tak terhingga buat mok kerana sanggupmelayan karenah Nuha.

 Kesian gak kat anak abi, dahla abi ngan ummi balik lewat,malamnya pulak abi mengajar tuisyen dari jam 8-10mlm di rumah. Begitulah rutin seharian.

Anak abi dah pandai & dah banyak bercakap. Segala yang diberitahu dah di fahami. Bahkan banyak soalan yang di yang hari demi hari di tanyakan pada abi & ummi.

Semalam abi dan ummi bawak Nuha gi beli makanan kat pasar malam dkt UITM Chendering. Beli air timun cina (tembikai) masa dok tunggu air di bungkus, Nuha bagi cakap kat abi air timun cina...BITTIQOTUN...:-). Tengok cd bahasa arab mudah, Nuha dah bleh aplikasi...tak sangka, bijak anak abi & ummi...

Semoga anak abi membesar dalam ruh ISLAM yang sebenar...amiiin.

No comments: