Thursday, September 18, 2008

Meniarap Pagi-pagi


Ni 2 keping gambo kamu Nuha meniarap pagi-pagi...waktu ni Ummi tengah sibuk bersiap-siap nak gi mengajar. Ummi kena bangun awal walaupun bulan puasa ni ngantuk waktu pagi...Ummi rasa ngantuk walaupun dah tido awal sebab berjaga bila kamu merengek lapar nak susu. Ummi berjaga sampailah kamu terlena balik selepas menyusu. Nuha bangun menyusu dalam 3,4 paki semalaman. Kekadang tak slesa tidur pun Nuha terjaga. Bunyi jer merengek, automatik Ummi akan terjaga.Ni lah pengorbanan ummi tau, Nuha kena ingat sampai bila-bila pun.

Biasanya dalam jam 6 ke 6.30 pagi kamu akan terjaga dari tidur...dah lena tisur semalaman. Ummi kena tahan ngantuk lah gi mengajar jauh ke Kuala Berang, sejam perjalanan ke sana. Sian kat ummi...Nanti dah besar, kena sayang & taat pada ummi tau...tak boleh nakal-nakal sangat.

No comments: